Harga Sewa
- Tidak lebih dari 5% dari nilai harga jualan dipamerkan di sini untuk sewaan 1 hari dan boleh dilihat disini. Diskaun akan diberikan untuk sewa melebihi 3 hari. Hubungi saya untuk harga istimewa.
- Contoh : Harga di blog RM1000, jika sehari sewa RM50
- Bayaran dikira dari tempoh pengambilan barang sehingga pemulangan barang dalam selama 24jam
- Untuk lens sahaja, bodi kamera tiada dalam perkhidmatan.
Syarat Umum
- Hanya COD dan datang sendiri di hadapan Madrasah Al-jumaeah, Kg Padang Balang Sentul (Rujuk Google Map) untuk pengambilan barang (waktu 8 pagi ke 10.30 malam). Buat masa ini sistem pos tidak dipertimbangkan kerana risiko rosak semasa pos.
- Penyewa wajib menyemak kondisi barangan sebelum menyewa. Pastikan item berfungsi dengan baik sebelum menyewa. Di dalam tempoh sewa, setiap penyewa wajib bertanggungjawab menjaga setiap item disewa dengan cermat. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab penyewa sendiri dan penyewa bersedia untuk membayar gantirugi jika berlaku kerosakan.
- Tambahan cas akan dikenakan jika terdapat tambahan calar kasar atau tahap guna tinggi berbanding kondisi asal.
Cara Penyewaan
Cara A (Deposit 100%)
- Bayaran deposit 100% harga jualan di blog dikenakan semasa mengambil barang, jumlah baki akan dipulangkan semula selepas GDJ menerima item sewa dengan kondisi asal.
- Layak untuk semua barangan tanpa mengira nilai.
Cara B (Cagaran sama nilai)
- Deposit 10% harga jualan di blog
- Layak untuk semua barangan tanpa mengira nilai
- Sila sertakan cagaran
- Barangan DSLR terpilih melebihi harga barangan sewa, atau
- Emas beserta bukti pembelian, atau
- Barangan gajet/elektronik yang sesuai beserta bukti pembelian
Cara C (Pekerjaan tetap)
- Deposit 20% harga jualan di blog
- Layak untuk barangan berharga RM2000 ke bawah sahaja. Atau jika lebih daripada RM2000 sila tambah deposit mengikut nilai barangan ditolak RM2000. Contoh jika barangan harga RM3000, anda perlu menambah RM1000 (RM3000-RM2000=RM1000)
- Layak untuk penduduk sekitar Lembah Klang sahaja.
- Sila sertakan dokumen/kelengkapan berikut
- Salinan kad pengenalan peminjam beserta original sebagai bukti
- Jika sudah berkahwin, salinan kad pengenalan suami/isteri serta sijil nikah original sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Jika belum berkahwin, salinan kad pengenalan keluarga terdekat seperti abang/kakak/adik/bapa sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Bil air/elektrik/telefon/internet/astro terkini yang original. Nama mestilah sama dengan nama peminjam.
- Slip gaji/bukti yang menunjukkan alamat bekerja dan nombor telefon majikan anda.
- Link facebook/blog anda (friends melebihi 200)
Cara D (Fotografer)
- Deposit 20% harga jualan di blog
- Layak untuk barangan berharga RM2000 ke bawah sahaja. Atau jika lebih daripada RM2000 sila tambah deposit mengikut nilai barangan ditolak RM2000. Contoh jika barangan harga RM3000, anda perlu menambah RM1000 (RM3000-RM2000=RM1000)
- Layak untuk penduduk sekitar Lembah Klang sahaja.
- Sila sertakan dokumen/kelengkapan berikut
- Salinan kad pengenalan peminjam beserta original sebagai bukti
- Jika sudah berkahwin, salinan kad pengenalan suami/isteri serta sijil nikah original sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Jika belum berkahwin, salinan kad pengenalan keluarga terdekat seperti abang/kakak/adik/bapa sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Bil air/elektrik/telefon/internet terkini yang original. Nama mestilah sama dengan nama peminjam/syarikat.
- Link facebook/blog yang menunjukkan anda membuat kerja fotografer (friends melebihi 200)
Cara E (Pelajar Kolej/Universiti)
- Deposit 20% harga jualan di blog
- Layak untuk barangan berharga RM1000 ke bawah sahaja
- Layak untuk penduduk sekitar Lembah Klang sahaja.
- Sila sertakan dokumen berikut
- Salinan kad pengenalan peminjam beserta original sebagai bukti
- Salinan kad pelajar peminjam beserta original sebagai bukti
- Jika sudah berkahwin, salinan kad pengenalan suami/isteri serta sijil nikah original sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Jika belum berkahwin, salinan kad pengenalan keluarga terdekat seperti abang/kakak/adik/bapa sebagai penjamin berserta nombor telefon.
- Link facebook/blog yang menunjukkan anda (friends melebihi 200)
Peringatan
- Untuk cara C,D, E proses menyewa mengambil masa 3 hari atau lebih untuk tujuan pengesahan dan siasatan.
- Untuk mengelakkan item dibooking oleh orang lain, anda boleh membayar pendahuluan. Jika permohonan sewa anda ditolak, wang pendahuluan akan dikembalikan 100%
- Semasa mengambil barang, anda perlu menandatangani perjanjian sewaan sebagai bukti
- Segala maklumat peribadi adalah sulit/rahsia kecuali berlaku kes penipuan atau tidak bertanggungjawab dari pihak penyewa.
- GDJ berhak menggunakan maklumat yang ada untuk tujuan tuntutan kes atau kerugian di laman facebook, blog atau sebagainya.
Tempahan tarikh sewa
- Untuk mengelakkan barangan dijual atau disewa orang lain anda boleh membuat bayaran 10% untuk tempahan tarikh.
- Deposit akan musnah jika berlaku pembatalan 2 hari sebelum tarikh tempahan.
- Deposit akan dikembalikan separuh jika berlaku pembatalan sebelum 7 hari tarikh tempahan.
Hubungi
Sudah membaca panduan dan penerangan dengan teliti? Jika ya boleh hubungi saya disiniFacebook 1
Facebook 2
Facebook 3
Tel : 0193067306 (Call only, no sms)
==Akan dikemaskini dari masa ke semasa, kemaskini terkini 12.9.12==







+ yang suka! + 4 yang suka!
assalamualaikum, macam mana kalau saya nak rent? what is the procedure?tq
salam..boleh emel saya
asalamualikum apakah email anda.
saya clik di page tidak dapat.
@norhasyraf hamzahb kia_jpn[at]yahoo.com
Post a Comment