Panduan Membeli

Panduan ini untuk memudahkan saya dan pelanggan. Bisnes saya hanya diuruskan seorang dan dibantu isteri saya sahaja. Saya ada tanggungjawab sebagai pelajar juga. Maka tidak mampu untuk melayan semua pelanggan dengan baik dan mesra. Oleh itu sila fahami saya dan memberi kerjasama sebaiknya. Kenali saya dahulu sebelum membuat hipotesis :)


Panduan sebelum menghubungi GDJ

-Baca info mengenai GDJ
-Baca syarat dan terma GDJ
-Baca FAQ mengenai perkara yang tidak faham


Panduan untuk memudahkan urusan email/mesej facebook

-Baca Panduan sebelum menghubungi GDJ diatas dahulu sebelum bertanya.
-Tajuk email adalah seperti tajuk barangan. Cuma copy dan paste sahaja.
-Sila sertakan link barangan untuk mengelakkan kesilapan.
-Sila berikan salam bagi yang Islam, dan cukup sekadar ucapan pengenalan bagi bukan Islam
-Jangan tulis perkataan 'serious buyer'. Secara automatik akan masuk email spam dan saya tidak akan menghubungi anda.
-Jika email tidak dibalas dalam tempoh 48jam. Sila baca semula panduan disini atau hubungi saya di facebook
-Jaga adab dan sopan. Tidak semestinya perlu ayat skema. Cukuplah sekadar saya dan anda selesa untuk berurusniaga dan bahasa yang mudah difahami.


Panduan ketika di facebook

-Tolong tidak memberi komen tentang perbandingan harga, komen untuk menjatuhkan, komen yang memalukan atau mencari pasal dengan saya secara terbuka. Saya tidak berminat melayan orang sedemikian. Jika saya bersalah atau tidak berpuas hati sila mesej saya terlebih dahulu dengan adab dan sopan.
-Urusniaga tidak dijalankan dalam wall/komen kerana tidak semua saya mampu perhatikan. Pertanyaan mengenai harga di wall/komen tidak akan dijawab. Sila mesej atau emel.
-Anda bebas untuk mengesyorkan kawan-kawan dengan 'tag'.
-Jujur terhadap diri sendiri, tidak perlu berlagak kaya/sombong. Tidak membeli tidak mengapa asalkan ada budi bahasa. Malah anda akan dilayan lebih baik jika ada adab dan sopan.
-Jika tiada jawapan di facebook terutama ruangan komen di blog menggunakan facebook , sila email. Dikhuatiri saya terlepas pandang.
-Jika ingin menjual barangan anda, pastikan mendapatkan keizinan saya untuk post di wall saya. Bukan kerana saya takut dengan jualan anda, tapi untuk memastikan page saya bukan lubuk scam/penipu seperti mudah atau ftz.
-Jika ada barangan yang dijual sama dengan apa yang anda mahu jual, sila jangan lawan harga saya di komen barangan tersebut. Tiada adab namanya.


Panduan untuk membeli
-Pastikan anda memahami syarat dan terma, digalakkan bertanya jika tidak faham terlebih dahulu.
-Pastikan anda memahami maklumat mengenai barangan terlebih dahulu, digalakkan bertanya jika tidak faham.
-Pastikan anda telah mempunyai kewangan yang cukup untuk mengisi borang pembelian.
-Jika anda masih menunggu bayaran dari pihak lain sila pastikan anda menerimanya terlebih dahulu dan pasti berada ditangan anda. Jangan terlalu gelojoh mengisi borang kerana jika ada pembatalan anda akan disenaraihitam untuk membeli dengan saya.
-Oleh sebab saya menjual barangan terpakai dan tiada yang serupa, bayaran untuk pembelian perlu dilakukan dalam masa 24jam selepas saya memberi nombor akaun.

Sudah membaca panduan? Jika ya boleh hubungi saya disini
Facebook
Email
Yahoo messengger

Related product you might see:

Share this product :

+ yang suka! + 2 yang suka!

12 January 2013 02:37

terhibur m'baca hehe..

16 March 2013 00:13

Pm.harga Sigma AF 70-200mm f/2.8 EX DG HSM (Nikon) [a1701

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog kamera anda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger