Ingin jual barangan fotografi, gajet yang anda sudah tidak perlu?
Tiada masa untuk COD atau temujanji?
Tiada masa jual di kedai?
Mahukan tunai segera dalam 3# hari?
Jauh dan sukar untuk menjual barangan anda?
Kini ada cara terbaik untuk anda. GDJ berpengalaman luas jual beli secara atas talian selama lebih 3 tahun menawarkan pembelian barangan anda secara tunai dan segera.
Inginkan testimoni? Google atau facebook sahaja untuk kepastian!
Caranya sungguh mudah dan selamat. Dan syarat jual beli juga sungguh mudah!
Kelebihan jual di GDJ berbanding di tempat lain
1. Jika di forum, mudah, facebook dan sebagainya mungkin anda boleh jual sendiri dengan harga lebih mahal dari GDJ tawarkan. Tetapi adakah anda boleh tunggu dan bersabar untuk dijual. Kalau tidak kena cara sebulan pun belum tentu laku!2. Tahukah anda jika anda jual sendiri kebanyakan pembeli inginkan COD /jumpa dan bayar/face to face) dan risiko lebih tinggi terutamanya kepada wanita berbanding pos. Tetapi jika pos sendiri pula anda perlukan menunggu pembeli yang betul-betul percaya dengan anda sahaja.
3. Wang segera dalam 3 hari!
Kami menerima
-DSLR Nikon dan Canon
-Lens digital dan filem Nikon autofokus
-Semua jenis lens digital Canon
-Gajet yang difikirkan sesuai
#Tidak semua diterima, faktor kondisi, harga pasaran dan modal perlu diambil kira.
Syarat dan Terma
1. GDJ tidak bertanggungjawab terhadap sebarang barangan curi.2.GDJ tidak akan bertanggungjawab jika barangan rosak/dicuri ketika proses pos. Sila insurankan barangan anda untuk mengelakkan masalah. Setakat pengalaman GDJ, tiada lagi sebarang kes dimana barangan hilang atau rosak akibat kecuaian Pos Malaysia. Yang penting balutan mestilah kemas.
3.Pembayaran hanya selepas barangan diterima GDJ untuk pos. Untuk COD akan diterima semasa temujanji.
Perkiraan Harga
Secara asasnya untuk barangan yang elok, cantik dan berfungsi baik :-Nilai harga susut 20%+- dari harga pasaran terpakai
-Nilai 20%+- ini dikira sebagai kos penyimpanan, kos insurans, dan keuntungan dan upah pekerja.
Nilai barangan akan berkurang jika :
-Luaran dan tahap guna tinggi, bercalar dan tidak cantik
-Barangan tidak lengkap. Contoh : kotak tiada, aksesori tidak lengkap
-Terdapat kecacatan atau kerosakan
-Tahap permintaan rendah atau sukar dijual
Cara Urusniaga
A. Melalui pos
Langkah 1 : Maklumat dan Harga
Isi borang dibawah, sila isikan maklumat yang betul dan lengkap
Langkah 2 : Persetujuan Harga
Tunggu sehingga GDJ menghubungi anda. Jika anda bersetuju dengan harga , GDJ akan memberi alamat kepada anda untuk dipos. Pos adalah dalam Malaysia, bukan ke Jepun.
Langkah 3 : Persediaan untuk pos
a. Cara balutan mestilah kemas dan selamat. GDJ tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan
b. Gunakan Pos Laju atau pos yang berinsurans.
c. Kos pos ditanggung penjual.
Langkah 4 : Penerimaan barang oleh GDJ
a.Pihak GDJ akan memeriksa kondisi barangan secara teliti.
b.Jika barangan yang diterima tidak memenuhi kriteria yang GDJ tetapkan, harga yang dipersetujui mungkin berkurangan atau barangan akan dihantar ke penjual semula.
c.Jika tidak bersetuju dengan harga yang dikurangkan, pihak GDJ akan menghantar semula barangan yang diterima dengan kos pos ditanggung GDJ sendiri
Langkah 5 : Pembayaran wang
a. Pihak GDJ akan membayar barangan anda mengikut jumlah yang dipersetujui.
b. Pembayaran hanya dalam bentuk bank-in sahaja. Bayaran dari Maybank dan CIMB sahaja.
Jika bank-in ke akaun selain Maybank dan CIMB, kemungkinan ada kelewatan pembayaran (biasanya sehari)
c. Bayaran kebiasaannya dalam tempoh 1 hari selepas penerimaan. Dan jaminan bayaran dalam 7 hari selepas barang diterima dan diperiksa.
B.Melalui COD
Langkah 1 : Maklumat dan Harga
Isi borang dibawah, sila isikan maklumat yang betul dan lengkap
Langkah 2 : Persetujuan Harga
Tunggu sehingga kami menghubungi anda. Jika anda bersetuju dengan harga , GDJ akan memberi maklumat dan cara untuk urusniaga
Langkah 3 : Penerimaan barang oleh GDJ
a.Lokasi COD hanya di hadapan Madrasah Jumaeah, Kampung Padang Balang, Sentul dari jam 9 pagi sehingga jam 10.30 malam. Rujuk Google Map.
b.Pihak GDJ akan memeriksa kondisi barangan secara teliti.
c.Jika barangan yang diterima tidak memenuhi kriteria yang GDJ tetapkan, harga yang dipersetujui mungkin berkurangan atau urusniaga tidak diteruskan.
Langkah 4 : Pembayaran wang
a. Pihak GDJ akan membayar barangan anda mengikut jumlah yang dipersetujui.
b. Pembayaran dalam bentuk tunai segera atau pilihan bank-in . Bayaran dari Maybank dan CIMB sahaja.
Jika bank-in ke akaun selain Maybank dan CIMB, kemungkinan ada kelewatan pembayaran (biasanya sehari)
Tukar beli (trade in)
1. Jika anda berminat dengan barangan di GDJ, kami menerima juga tukar beli (trade in)2. Tempoh untuk tukar beli mengambil sedikit masa, hanya mereka yang sabar sahaja yang boleh berurusan.
3. Jika ingin cepat, anda perlu membayar jumlah penuh dahulu jika berminat dengan item GDJ dan akan dipos dahulu tanpa menunggu item anda. Bayaran item anda akan dibayar semula setelah diterima dan diperiksa.
4. Untuk tukar beli, syarat adalah sama seperti langkah jualan di atas.
5. Sementara menunggu barangan anda diterima GDJ, barangan yang anda ingin tukar beli dari GDJ akan disimpan (reserve/booking) 3 hari (tempoh untuk pos ke GDJ) atau sehingga tempoh barangan diterima dan diperiksa. Jika tidak dipos dalam 3 hari booking akan dibatalkan.
6. Jika ada tambahan harga anda perlu membayar terlebih dahulu baki, dan GDJ akan pos barangan yang ditukar beli kemudian.
7. Jika harga ada pengurangan, pos dan bayaran baki kepada anda akan dilakukan seberapa segera yang boleh.
FAQ
Q: Nak jual Sony/Pentax/Olympus dan sebagainya. GDJ terima?
A: Terima tetapi mengikut keadaan. Nilai susut barangan diatas lebih tinggi, GDJ boleh membelinya tetapi mungkin nilai harganya tidak seperti yang anda inginkan. Jika ingin dijual mahal anda boleh cuba yang ini
Q:Syarikat pos yang disyorkan GDJ
A:Pos laju malaysia. Banyak cawangan di bandar dan luar bandar. Fleksibel untuk penduduk luar bandar. Mengikut pengalaman GDJ, tiada sebarang kes dimana barang hilang atau dicuri, atau rosak semasa diterima.
Q:Saya guna bank Islam, bank HSBC dll (selain CIMB dan Maybank). Berapa lama masa untuk menerima pembayaran?
A: Kebiasaanya jika pembayaran telah dilakukan sebelum jam 12 waktu bekerja, anda akan menerimanya sebelum 12malam di hari yang sama. Jika lebih dari jam 12, wang akan diterima sebelum 12 malam keesokan hari bekerja.
#Jika ada tambahan soalan sila kemukakan dibawah.
Soalan tentang harga yang akan dibayar untuk barangan anda tidak akan dijawab di ruangan komen.







+ yang suka! + 7 yang suka!
d80 untuk d'jual..
sigma 24-70mm untuk dijual
nikkor af-s 18-55mm VR untuk dijual
samyang 8mm sony mount utk dijual
m575 kodak 14 megapix untuk di jual.. call me 0123755036 tq
lens ef 50mm f/1.8 ii serta beg sandang camera..harga berpatutan..tq..
nikkor af-s 18-55mm VR untuk dijual - RM300
call 0129414648 akmal
Post a Comment