GDJ Photo Contest!!

Sempena ulang tahun GDJ ke 3, dengan ini saya mengumumkan berita gembira kepada pengunjung GDJ.

Jika ada sambutan, pertandingan ini akan diteruskan pada setiap bulan, dimana setiap satu mempunyai tema tersendiri dan hadiah berlainan.

Tema Oktober 2011 : Bokeh
Hadiah Utama : Pilihan RM200 Tunai atau Diskaun RM300 barangan GDJ x 1 pemenang
Hadiah Saguhati : Diskaun RM100 pembelian barangan GDJ x 3 pemenang

Taktau bokeh tu apa? Sila rujuk google

Ini contoh saya ambil 2 tahun lepas


Jangan risau menang atau tidak, asalkan mencuba! Siapa tahu hadiah itu menjadi milik anda!

Terma & Syarat
1.Pemenang dikira melalui sistem like 80% dan 20% dikira dari pemilihan GDJ sendiri.
2.
Gambar mestilah asli dan tidak diedit dengan ketara . Pastikan EXIFF data tidak hilang.
3.Gambar adalah hakcipta peserta sendiri. Tiada plagiat!
4.Untuk memastikan ketulenan, GDJ akan memeriksa EXIFF data terlebih dahulu, jika terdapat sebarang kemusykilan, GDJ wajar menolak penyertaan anda.
5.Penyertaan yang tidak berkaitan tema akan ditolak.
6.Maksimum penyertaan bulanan hanya 200 sahaja, siapa cepat dia dapat. Jika ada permintaan melebihi 50, tambahan 200 penyertaan lagi akan dibuka.
7.Seorang peserta hanya boleh menghantar 1 gambar sahaja bagi 1 tema setiap bulan
8.Gambar yang mengandungi unsur politik atau unsur sensitiviti rakyat malaysia akan ditolak. Gambar dewasa yang tidak menutup aurat atau seksi juga akan ditolak.
9.GDJ boleh menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak sesuai.
10.Keputusan adalah muktamad. Sebarang bodekan tidak dilayan!
11.GDJ berhak untuk mengubah atau menambah syarat-syarat ketika pertandingan masih berlangsung.

Penerimaan Hadiah
1.Hanya seorang pemenang utama dan 3 pemenang saguhati bagi setiap tema bulanan
2.Hadiah utama boleh dipilih dalam bentuk material atau tunai atau rebate.
3.Pemenang saguhati hanya dalam bentuk rebate sahaja.
4.Untuk rebate, tempoh sah laku adalah 3 bulan dari tarikh pemenang diumumkan.

Cara Penyertaan
1. Hantar gambar anda berformatkan .jpg atau .jpeg dan tukar nama gambar kepada nama anda (Contoh : IMG2010.jpg kepada nama_anda.jpg) . Email ke gajetdijepun[at]gmail.com (gantikan [at] kepada @)
Sila ikut format. GDJ wajar menolak penyertaan yang tidak mengikuti format

Tajuk email : GDJ Photo Contest : (Bulan) (Tahun) (Tema)

Tema :

Nama Penuh :
Link Facebook Peserta :
Email :
No telefon :
Contoh seperti di bawahKlik untuk imej yang lebih besar


2.Tunggu gambar anda dimasukkan dalam album facebook untuk setiap bulan
Ajak rakan like gambar anda secara sukarela, jangan paksa ye! Semakin banyak like semakin cerah peluang anda untuk menang!

3.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 hb atau mencapai 200 penyertaan untuk setiap tema.

4. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu pada bulan berikutnya

#Sebagai permulaan tempoh penyertaan untuk tema bokeh melebihi tempoh sebulan iaitu bermula dari 16 september sehingga 25hb oktober 2011

Jika ada pertanyaan sila komen di bawah