Khidmat Jual Barang Atas Talian

#Setiap barangan melalui khidmat ini akan dimulakan dengan kod b . Contoh [b001]

Ingin jual barang yang anda sudah tidak perlu?
Tidak mahukan COD atau temujanji kerana tiada masa dan takut risiko jenayah?
Mahukan jual-beli selamat secara atas talian (online) tanpa risiko ditipu?

Kini ada cara terbaik untuk anda. GDJ berpengalaman luas jual beli secara atas talian selama lebih 3 tahun menawarkan khidmat jual-beli untuk anda.
Inginkan testimoni? Google atau facebook sahaja untuk kepastian!
Caranya sungguh mudah dan selamat. Dan syarat jual beli juga sungguh mudah!

Anda sebagai penjual
1. Sediakan gambar barangan serta maklumat seberapa lengkap yang boleh. Latar belakang perlulah warna putih dan jelas untuk cepat laku.
2. Soal harga adalah hak penjual. GDJ akan menasihatkan jika perlu.
3. Lengkapkan borang ini.
4. Nama penjual hendaklah sama dengan nama akaun.
5. Dan tunggu sahaja GDJ uruskan langkah seterusnya

Anda sebagai pembeli
1. Pilih barangan yang anda hendaki
2. Emailkan pertanyaan anda ke GDJ dan GDJ akan memaklumkan status barangan sama ada telah djual atau belum.
3.Jika masih ada, sebarang persoalan boleh dimaklumkan kepada GDJ. Dinasihatkan agar kumpul semua soalan terlebih dahulu sebelum bertanya.
4.Jika ingin membeli, anda perlu menyertakan nama, alamat dan no telefon ke emel GDJ. GDJ akan memaklumkan nombor akaun GDJ (CIMB Bank sahaja) kepada bakal pembeli.
5. Tiada pembatalan selepas nombor akaun diberi. Tempoh 24jam diberikan untuk pembayaran, Jika lambat tanpa pemberitahuan, jualan dibuka semula.

Syarat dan penyertaan
1. Barangan yang dijual bukan barangan yang salah di sisi undang-undang Malaysia
2. Maklumat yang diberikan penjual adalah benar.
3.Kos pos ditanggung oleh penjual. Sebarang masalah pos adalah tanggungjawab pos. Penjual perlu pos barangan dalam tempoh 3 hari selepas dimaklumkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan urusniaga dibatalkan (mengikut budi bicara pembeli).
4. Pembeli berhak memulangkan barangan jika maklumat yang diberikan penjual tidak tepat atau rosak dalam tempoh 7 hari selepas barang diterima. Kos pos perlu ditanggung pembeli.
5. Pembeli akan memasukkan wang ke dalam akaun GDJ terlebih dahulu, jika pembeli berpuas hati dalam tempoh 7 hari selepas barangan diterima, wang akan dimasukkan ke akaun penjual.
Jika tidak, wang akan dikembalikan semula kepada pembeli selepas barangan diterima pembeli semula. Kos pos tidak dikembalikan.
6. Selepas 7 hari, jual-beli akan ditutup dan tiada lagi tuntutan oleh pembeli walau apa jua alasan. Pembeli dinasihatkan untuk memeriksa barangan dalam tempoh 7 hari tersebut.
7. Nilai barangan hendaklah melebihi RM100

Tiada bayaran tambahan dikenakan. Sebaliknya jika terjual, GDJ hanya membayar mengikut jumlah minimum harga yang anda inginkan.

Berminat? sila isi borang ini

Update 1 : 8/10/2010
Update 2 : 8/9/21011

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog kamera anda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger