FAQ : Frequently Ask Questions


Hal berkaitan item

Kenapa nampak macam baru?
Maknanya orang jepun beli saja tapi tak guna. Hehe.. Mungkin sebab kerana sibuk bekerja sampai tiada masa untuk belai manja,

Barang baru ke terpakai?
Kalau tidak ditulis barang baru,dikira barangan terpakai. Cuba lihat gambar dan baca penerangan. Jika ada calar dan tidak cantik adakah itu barangan baru? Kalau cantik anda sangat bertuah kerana berpeluang membeli barangan nampak baru dengan harga terpakai.

Apa itu SC?
SC=shutter count. Bilangan berapa kali kamera itu ditekan dan diambil gambar. Lagi rendah nilai sc, semakin kurang penggunaan kamera. Dan sudah tentu harga barangan semakin tinggi.

Bagaimana jika barang rosak?
Jika masih dalam jaminan 10 hari, anda diberi pilihan.
1.Baiki dan kos ditanggung gajetdijepun (perlu resit) atau
2.Kembalikan sahaja barangan ke Kuala Lumpur dan anda dibayar penuh (kos pos ke KL ditanggung pembeli).
Jika di luar gerenti atau masih dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian, tawaran harga istimewa untuk anda jika berminat terhadap produk gajetdijepun yang lain.

Usia?
Soalan sensitif tu. Rahsia,,ehe..Secara asasnya GDJ sendiri tidak tahu kecuali dalam tempoh waranti. Jika diluar waranti anggap sahaja barang sudah lama. Nak anggap zaman P Ramlee pun boleh. GDJ tidak mementingkan usia tetapi mementingkan paras rupa sahaja dan kualiti dalam meletakkan harga.

Wide lens?
Ramai yang tidak faham apa itu 'wide lens'. Senang cerita kalau jarak bermula dari mm yang kecil itu wide. Biasanya Ultrawide bermula pada 10mm untuk crop body. Misalan jika diblog itu ada perkataan 'wide untuk Full Frame'. Maksudnya jika 19mm akan jadi 19mm di bodi Full frame. Jika anda pengguna bodi baru berharga RM5k ke bawah biasanya bodi anda 'Crop Body'. Jika 19mm akan menjadi 19mmx1.5=?? (nikon, sony, pentax) dan 19mmx1.6=??(canon). Lebih baik pakai kit lens 18-55.

Kenapa murah?
Sebab tak mahal..hehe..Kalau cantik dan bergaya barang itu, saya tidak tahu sebab apa murah.Yang pasti rezeki anda dapat murah. Tapi kalau di blog ada tulis barang itu bermasalah, memang murah bersebab.

Bodi/Lens baru tak jual?
Bodi baru atau model terbaru beli kat Malaysia je. Termurah di dunia rasanya.Jadi bersyukur la jadi rakyat Malaysia..



Hal pembayaran, pembelian dan harga
Harga?
Baca dulu penerangan yang ditulis, kalau tengok gambar saja memang tak tulis harga. hehe. Jangan salah ertikan 'sekeping gambar seribu makna'. Kenapa saya taknak jawab berapa harga? mudah saja. Jika benda asas seperti itu tidak dibaca, masakan syarat dan terma yang panjang lebar boleh dibaca. Syarat dan terma penting untuk mengelakkan perkara berbangkit selepas pembelian.

Nak COD mana?
Sila baca apa yang saya tulis. Tidak baca tidak tahu.

Sila call atau sms ke 01X XXX XXXX cara nak beli!
Sila baca. Saya tidak berminat untuk telefon atau sms kerana melibatkan kos

Berapa nih?
1 je biasanya saya jual. Tak banyak

Boleh kurang/nego?
Tidak boleh. Asasnya harga adalah tetap dan tidak akan diberi harga istimewa jika anda pembeli baru. Untung sikit je ni..:)
#Jika anda ingin beli melebihi 2 item sekali pos akan diberi diskaun pos.
#Jika pernah membeli dengan saya akan diberi harga diskaun.

Saya ni penjual juga. Boleh dapat harga istimewa?
1.Jika anda pertama kali membeli dengan saya
Boleh, syarat membeli 2 item sekali pos dan bayaran terlebih dahulu. Tiada istilah pos dulu bayar kemudian. Kalau beli 1 sahaja dianggap pelanggan biasa dan tiada diskaun.
2.Jika anda pembeli setia
Ya, ada diskaun untuk anda. Tapi janganlah anggap harga kurang separuh. Biasanya dalam RM50~100 sahaja.

PM me best price!
............... (tidak dijawab). Jika anda betul berminat sila hubungi saya terlebih dahulu. Jangan tanya harga kepada saya kerana sudah tertulis tetap. Pengalaman saya yang lalu, hanya 1% peratus yang akan menjwab sekurang-kurangnya 'terima kasih' walaupun tidak berminat. Yang lain hanya diam membisu seolah-olah saya syok sendiri..biarlah tak laku asalkan ego saya tidak tergugat..hehe

Saya serius buyer! boleh nego?
Kalau anda serius anda sudah faham dengan perkataan 'harga tetap'. Maknanya anda bukan dikategorikan sebagai serius buyer.

Kenapa GDJ jual mahal sangat? Kawan kepada kawan kepada kawan datuk sebelah kawan saya beli murah je.
1.Saya penjual mestilah nak untung, kalau taknak untung bukan namanya bisnes. Kalau saya untung anda pun untung sebab barangan saya semakin banyak untuk dipilih kerana banyak modal.
2.Saya penjual, mestilah jual barang, bukan jual air liur sahaja, barang tak ada. Tak kan la air liur sampai beribu-ribu ringgit.Beli lens minolta beercan harga rm1000, yang dapat tin arak kosong. tu kalau dapat la. dapat air liur saja pon ada..hehe
3.Saya penjual, ikut suka saya la nak jual berapa. Seperti pembeli juga ,mestila ikut suka la nak beli kat sapa..ehe
4.Harga saya termasuk pos, untung lagi kalau orang kampung ke yang jauh dari bandar beli. Agaknya kalau naik kereta berapa banyak kos. Kalau beli kat mudah. Minyak, tol lagi. Kecuali la anda naik basikal atau jalan kaki.Bila dah temujanji, tunggu berjam-jam akhirnya makhluk yg ditunggu tak tiba. Rugi masa lagi. Masa itu emas. Lagi mahal kalau ikut.ahaha..
5.Saya jual ikut harga Jepun dan atas kajian sendiri, bukan harga scammer di mudah. Taktik scam di mudah, letak iklan palsu harga murah. Bila murah orang persendirian nak jual barang sendiri terpaksa letak harga sama dengan iklan palsu. Sebab tu la harga murah. Saya penjual atas dasar bisnes, bukan jualan persendirian. Untuk kekal harga tidak boleh ikut harga scam semata-mata nak kasi laku. Bisnes pakai akal, bukan main ikut-ikut ja atau jual dan beli saja.
6.Harga saya sama dengan kualiti. Saya pernah jual lens harga rm100 saja. Harga kat mudah rm700. Termasuk pos lagi. Tapi lens rosak la.. taknak ke beza harga yang tu? ehe

Camne cara nak bayar?
Dah faham syarat dan terma, saya akan bagi borang. Anda isi borang dan saya akan bagi no akaun saya

Kenapa tidak letak no akaun di blog?
Kerana hampir semua barang saya adalah terpakai. Hanya ada 1 dan tiada yang lain dengan kondisi yang serupa 100%. Kalau ada orang masukkan duit saya tidak tahu siapa. Sekurangnya jika mengisi borang saya boleh tahu siapa pembayarnya.
Untuk mengelakkan kesilapan, hanya mereka yang sudah boleh membuat bayaran dalam masa 24jam sahaja akan diberi no akaun setelah mengisi borang.



Lain-lain

Anda boleh dipercayai?
Boleh rujuk feedback saya. Tak baca tak tahu.

Kenapa GDJ ni sombong dan kadang-kadang tidak menjawab soalan?
Jawapannya salah 1 daripada
1.Sebab anda sombong untuk membaca apa yang saya tulis
2.Sebab anda suka bertanya tanpa membaca dan membuat kajian dahulu
3.Sebab anda bertanya soalan yang tidak patut dijawab.
4.Sebab anda bertanya harga sedangkan sudah ditulis
5.Sebab saya tidak perasan atau tidak terbaca post anda
6.Sebab saya memang sombong dan saya tidak sedar saya sombong.

Apa itu WTS
Want To Sale. Barang masih ada dan belum dijual

Apa itu Sold
Barang sudah dijual.


Apa itu Paid Reserved
Barangan telah dibayar pendahuluan untuk tempoh lebih kurang seminggu. Jika dalam tempoh simpanan, saya TIDAK akan menjual kepada orang lain sekalipun anda ingin membayar lebih.


Kenapa tidak boleh COD?
Kerana saya berada di Jepun. Jika nak COD di Toyohashi, Jepun pun boleh.
Kenapa? tidak percaya denagan saya ke kalau pos? Hehe.
Tak percaya pos? Takpe ada insuran.
Apa?, takut barang rosak je masa pos. ..Kalau camtu sama juga barang saya kena pos ke Malaysia juga kalau nak COD. Senang citer tak payah deal kalau nak sangat COD.

Eh dah buat kat jepun murah la kat Jepun
Nanti GDJ komplen kat PM jepun kenapa harga di Jepun mahal, kat oversea murah je.Takpun buat group 'FB Kami bantah harga kamera di Jepun mahal. Kami di anak tirikan!'. Makan duit rakyat  ni..aha..Kalau anda selalu bising harga minyak Malaysia mahal dr oversea walaupun pengeluar anda pasti tahu jawapannya.


Saya nak beli lagi 1 tahun.
Hehe. Kalau ada lagi

Pos dahulu bayar kemudian boleh?
Boleh. Kalau bahasa kasar dia boleh belah..hehe.. Sapa tak percaya sapa nih? Saya sudah ada feedback dan dikenali jual barang dan bukan jual air liur. Anda saya tidak kenal terus-terus mintak pos dahulu bayar kemudian..ehe

Bayar separuh dulu boleh?
Boleh. Dah penuh baru pos.

Takla, bayar separuh. Dah sampai baru bayar baki?
Tak boleh. Jawapan dia sama seperti pos dahulu bayar kemudian. Kalau nak tahu masa saya mula bisnes dahulu saya berani la buat camtu. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun. Tak habis bayar lagi

Kad kredit boleh?
Tidak boleh. Jika anda berminat sila tunaikan kad kredit anda.

Paypal boleh?
Tidak boleh

Hal pos dan kastam

Kos pos?
Percuma ke Malaysia dan Asia Tenggara, China sahaja. Untuk selain itu boleh emailkan pertanyaan.

Barang kamera kena cukai ke?
Secara asas barangan fotografi tidak dikenakan sebarang cukai. Sila rujuk kastam untuk kepastian. 

Risau la pos ni. Tak rosak ke?
Barangan anda dibungkus dengan sempurna serta dilindungi insurans sepenuhnya. Segala kerosakan, kehilangan, atau kecurian akan dibayar insuran. Sehingga kini tiada lagi laporan kehilangan atau kerosakan akibat kecuaian pos yang pihak gajetdijepun terima.

Pakai DHL , atau pos lain boleh?
Hanya khidmat pos Malaysia dah pos Jepun sahaja diterima. Khidmat pengangkutan syarikat lain tidak diterima kerana melibat kos dan masa.


Tempahan

Boleh pesan barang lain selain gajet?
Boleh. Dengan syarat bukan barang larangan atau lucah, dan bukan barang kenderaan. Ringan dan tidak besar. Jangan la order lori 8 tayar.. Nak pos macam mana kalau saya sendiri pun naik basikal 2 tayar.

Sebab apa tak layan barang kereta? Masyuk pe..
1.Sangat leceh. Bayangkan kalau anda suruh cari lampu. Dah la tak bagi nama model, cakap lampu kereta je, Umum sangat. Nak cari macam mana? Kalau cakap lampu model XX-111 ke apa ke takpe la lagi
2.Berat dan besar. Contoh yang saya akan tolak mentah-mentah
Order tayar kereta 4 biji? saya naik basikal je. nak bawak macam mana?
Tempah bonet kereta. Besar dan menyemak rumah saya. Nak bungkus pon sangat leceh.
3.Saya tidak berminat dengan kereta dan tidak tahu apa-apa mengenai kereta.

Boleh pesan barang kamera baru?
Ya. Jika anda sanggup bayar lebih. Secara asasnya lebih baik beli di Malaysia sahaja.

Boleh pesan kamera Nikon D700, Nikon D300s, Nikon 70-200 VR, Canon 1D mark4, Canon 5D mk2 etc?
Tidak. Secara asasnya barangan melebihi nilai rm3k atau high end camera/lense tidak diambil pesanan kecuali anda sangup bayar lebih dan dalam bentuk yen.


Tukar suka sama suka atau trade in
Boleh. Banyak syarat dia. Baca dulu di sini.

Kenapa mahu jual?
Sebab saya seorang penjual dan menjalankan perniagaan

Speedlite / Flash model terkini
Tidak dijual kerana mahal di sini. Flash lama seperti nikon SB-26, 24 boleh ditempah.

Boleh simpan untuk saya?
Boleh jika dibayar muka. Tiada istilah simpan percuma. Pengalaman saya, tidak pernah orang yang mengatakan 'simpan untuk saya' itu menghubungi saya selepas tempoh yang diberi. Hanya cakap kosong.

Kenapa harga Jepun mahal?
Sebab kos hidup di sini mahal. Maka keuntungan untuk penjual disini lebih tinggi dari keuntungan penjual Malaysia. Jepun juga dikenakan cukai. Barangan kamera di Malaysia tidak dikenakan cukai.

Saya ingin memesan barangan kenderaan
Tidak boleh. Saya tidak berminat

Related product you might see:

Share this product :

+ yang suka! + 7 yang suka!

28 May 2010 22:44

secara amnya, apa perbezaan kamera set jepun dengan kamera set malaysia?

29 May 2010 10:13

set malaysia under dealer malaysia dan sebaliknya

kalau jenama canon set jepun byk buatan jepun, klu set bg malaysia tu campur2, buatan malaysia pon ada

kalau nikon sama je, kbykn buatan thai..tapi ada juga lens yg buatan jepun..

bila buatan jepun orang kaitkan dengan QC (Quality Control) yg baik, so ada yg x kisah bayar mahal..

saya berminat untuk beli lens hood HB 28 + adapter untuk di pasang pada 80-200.. f2.8 ED D...mcmana boleh ke

saya berminat untuk beli lens hood HB 28 + adapter untuk di pasang pada 80-200.. f2.8 ED D...mcmana boleh ke

3 October 2012 08:09

terima kasih...

28 November 2012 19:25

bagaimana kalau lens itu ada masalah front stau back focus? Adakah tuan tanah ini akan try dulu lens itu? ia dikira rosak x?

12 January 2013 02:35

seronok m'bace FAQ ni. hehe

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog kamera anda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger