Syarat dan Terma

Jaminan dan Waranti


  1. Setiap barangan gajetdijepun disertakan dengan jaminan 10 hari bermula dari tarikh barang diterima pembeli. Pembeli dinasihatkan untuk menguji barang dalam tempoh 10 hari tersebut.
  2. Jika barang yang diterima rosak atau bercanggah dengan penerangan semasa urusan jual beli, jaminan wang penuh dikembalikan jika masih dalam tempoh 10 hari
  3. Jika lebih dari 10 hari, urusniaga dianggap selesai. Kelewatan pemberitahuan kerosakan walau apa jua alasan tidak akan diterima
  4. Jika rosak akibat kecuaian sendiri, calar, convert IR, diubahsuai tanpa pengetahuan gajetdijepun dan bencana alam tidak diterima.
  5. Calar, habuk, kotoran atau perkara biasa bagi barangan terpakai bukan dalam jaminan.
  6. Kebanyakan lens hanya diuji menggunakan satu kamera sahaja. Kemungkinan lens terutamanya lens jenama lain (3rd party) tidak serasi (calibrate) dengan sesetengah kamera dan menyebabkan hasil imej tidak sharp adalah tanggunjawab sendiri, tetapi boleh dipertimbangkan mengikut keadaan.
  7. Gangguan imej pada sensor kamera disebabkan habuk adalah diluar jaminan. Sebaiknya gajetdijepun akan mencuci (blow, dry clean) terlebih dahulu. Jika inginkan hasil yang baik, anda perlu hantar sendiri ke pusat servis
  8. Untuk lens jaminan hanya pada mekanikal sahaja. Disebabkan habuk merupakan perkara biasa bagi lens terpakai, tiada jaminan jika terdapat gangguan imej. Namun jika terdapat fungus, calar , wap di dalam lens (jika tidak ditulis di dalam penerangan) adalah termasuk dalam jaminan 10 hari.
  9. Tiada jaminan bagi ketahanan bateri kamera dan kamera filem/analog.
  10. Sebarang masalah disebabkan kecuaian sendiri seperti salah faham, tidak membaca syarat dan terma dengan teliti adalah tanggungjawab sendiri. GDJ tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan. Namun jika kecuaian disebabkan GDJ sendiri, wang penuh atau gantirugi akan dikembalikan.


Urusan Pembayaran


A. Bayar penuh dan pos

  1. No akaun bank (Pilihan CIMB, Maybank atau Bank Islam) akan diberi selepas persetujuan.
  2. Pembayaran wajib dalam 24 jam
  3. Pos dari GDJ dalam masa 2 hari waktu bekerja selepas pembayaran. Tiada pengeposan pada hari cuti umum selain Isnin, Selasa dan Khamis.

B. Bayaran penuh dan COD (Collect on Delivery)
  1. No akaun bank (Pilihan CIMB (diutamakan), Maybank atau Bank Islam) akan diberi selepas persetujuan.
  2. Pembayaran wajib dalam 24 jam
  3. COD akan diatur di hadapan Madrasah Jumaeah, Kampung Padang Balang, Sentul dari jam 9 pagi sehingga jam 10.30 malam. Rujuk Google Map .
  4. Bayaran penuh akan dipulangkan semula jika terdapat percanggahan fakta/maklumat ditulis di blog.

C. Bayar RM50 dan baki semasa COD
  1. No akaun bank (Pilihan CIMB (diutamakan), Maybank atau Bank Islam) akan diberi selepas persetujuan.
  2. Pembayaran RM50 wajib dalam 12 jam
  3. COD akan diatur di hadapan Madrasah Jumaeah, Kampung Padang Balang, Sentul dari jam 9 pagi sehingga jam 10.30 malam. Rujuk Google Map
  4. ELAKKAN datang pada waktu 10 minit sebelum dan selepas waktu solat.
  5. COD di tempat lain TIDAK akan dipertimbangkan kerana faktor kos/masa/keselamatan. Jika anda TIDAK besetuju untuk datang ke tempat saya, sila ambil cara A atau JANGAN berurusan dengan saya.
  6. Barangan akan disimpan sehingga waktu COD tetapi maksimum hanya 7 hari sahaja. Jika melebihi tempoh, bayaran akan dilupuskan.
  7. Bayaran deposit akan dipulangkan semula jika terdapat percanggahan fakta/maklumat ditulis di blog.

D. Bayaran penuh semasa COD
  1. COD akan diatur di hadapan Madrasah Jumaeah, Kampung Padang Balang, Sentul dari jam 9 pagi sehingga jam 10.30 malam. Rujuk Google Map. 
  2. ELAKKAN  datang pada waktu 15 minit sebelum dan selepas waktu solat.
  3. COD di tempat lain TIDAK akan dipertimbangkan sama sekali kerana faktor kos/masa/keselamatan. Jika anda TIDAK besetuju untuk datang ke tempat saya, sila ambil cara A atau JANGAN berurusan dengan saya.
  4. Oleh sebab keutamaan diberikan kepada sistem A, B, C sahaja, tiada sebarang simpanan (booking/reserve) kepada D untuk tempoh melebihi 12 jam. Maknanya anda diberi masa 12 jam untuk datang ke tempat COD.
  5. Jika terdapat pembeli menggunakan sistem A , B, dan C , GDJ berhak menjual barangan kepada mereka terlebih dahulu jika tempoh 12 jam sudah tamat.

Urusan Pos

  1. Penghantaran menggunakan Pos Laju sahaja dan dipos dari Kuala Lumpur. dalam 48 jam. Jika berlaku kelewatan dari pihak
  2. Barangan akan dihantar hanya selepas mendapat bayaran penuh sahaja. Tiada istilah 'bayaran separuh', 'bayar kemudian' dan seumpamanya.
  3. Perkhidmatan syarikat pos lain tidak dipertimbangkan
  4. Sebarang kelewatan dari pihak pejabat pos bukan tanggungjawab gajetdijepun
  5. Kebiasaannya pos mengambil masa 1~3 hari waktu bekerja
  6. GDJ tidak bertanggungjawab diatas kehilangan semasa pos. Untuk langkah selamat, anda perlu menambah bayaran insurans jika perlu.
  7. Secara asasnya 'Tracking Number' tidak diberi kecuali atas permintaan pelanggan.


Urusan Tempahan


  1. Sikap 'perfectionist' atau mahu serba baru,detail, ragu-ragu,inginkan jaminan selama setahun, nego harga yang tidak masuk akal dinasihatkan agar tidak membuang masa berurusan degan gajetdijepun. Anda digalakkan membeli barang baru, atau mencari penjual yang boleh melayan karenah anda. 
  2. Secara asasnya gajetdijepun tidak menerima pertanyaan untuk menambah gambar sedia ada dengan tujuan menunjukkan habuk secara dekat satu, bahagian calar dan sebagainya.
  3. Pihak gajetdijepun menerima tempahan dari luar Malaysia dengan harga pos berlainan. Sila emailkan pertanyaan tentang harga pos
  4. Secara asasnya First come, first serve, no reservation. Tiada booking/reservation percuma
  5. Deposit RM100 untuk tempahan/reserve 7 hari. Maksimum tempahan (booking/reserve) hanyalah 4 minggu sahaja. (jika 3 minggu : 3 x RM100 = RM300)
  6. Jika melebihi tempoh 7 hari tanpa pemberitahuan, secara automatik tempahan terbatal.
  7. Bayaran (deposit tersebut) tidak akan dikembalikan dalam tunai, tetapi disimpan dalam bentuk rebate (nilai yang sama) jika berminat terhadap produk yang lain. Rebate ini tidak boleh digunakan untuk booking/reservation barang yang lain.
  8. Tempahan gajet terpakai/baru turut diterima(jika ada stok). Dan tidak semua harga di sini adalah murah.
  9. Barangan aksesori kereta atau barangan yang melebihi 20kg, atau isipadu mebihi 100cm x 100cm x 100 cm tidak diterima. Untuk tempahan sila rujuk di sini    

 

Pohon Kerjasama

  1. Sila sertakan link barangan untuk mengelakkan kesilapan.
  2. Sila berikan salam bagi yang Islam, dan cukup sekadar ucapan pengenalan bagi bukan Islam
  3. Jangan tulis perkataan 'serious buyer'. Secara automatik akan masuk email spam dan saya tidak akan menghubungi anda.
  4. Jaga adab dan sopan. Tidak semestinya perlu ayat skema. Cukuplah sekadar saya dan anda selesa untuk berurusniaga dan bahasa yang mudah difahami. 
  5. Tolong tidak memberi komen tentang perbandingan harga, komen untuk menjatuhkan, komen yang memalukan atau mencari pasal dengan saya secara terbuka. Saya tidak berminat melayan orang sedemikian. Jika saya bersalah atau tidak berpuas hati sila mesej saya terlebih dahulu dengan adab dan sopan.
  6. Urusniaga tidak dijalankan dalam wall/komen kerana tidak semua saya mampu perhatikan.
  7. Jujur terhadap diri sendiri, tidak perlu berlagak kaya/sombong. Tidak membeli tidak mengapa asalkan ada budi bahasa. Malah anda akan dilayan lebih baik jika ada adab dan sopan.
  8. Jika ingin menjual barangan anda, pastikan mendapatkan keizinan saya untuk post di wall saya. Bukan kerana saya takut dengan jualan anda, tapi untuk memastikan page saya bukan lubuk scam/penipu.
  9. Jika ada barangan yang dijual sama dengan apa yang anda mahu jual, sila jangan lawan harga saya di komen barangan tersebut. Tiada adab namanya.
  10. Pastikan anda memahami syarat dan terma, digalakkan bertanya jika tidak faham terlebih dahulu.
  11. Pastikan anda memahami maklumat mengenai barangan terlebih dahulu, digalakkan bertanya jika tidak faham.
  12. Pastikan anda telah mempunyai kewangan yang cukup untukmembeli dengan saya.
  13. Jika anda masih menunggu bayaran dari pihak lain sila pastikan anda menerimanya terlebih dahulu dan pasti berada ditangan anda. Jangan terlalu gelojoh mahu membeli dengan saya, kerana jika ada pembatalan di saat akhir anda mungkin akan disenaraihitam untuk membeli dengan saya.
  14. Oleh sebab saya menjual barangan terpakai dan tiada yang serupa, bayaran untuk pembelian perlu dilakukan dalam masa 24jam selepas saya memberi nombor akaun.

Hubungi

  1. Facebook 1
  2. Facebook 2 
  3. Facebook 3
  4. Wassap/iMessage/Call : +60193067306


Related product you might see:

Share this product :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Blog kamera anda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger