Mengenai Saya / About Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog ini dilancarkan pada raya pertama 1 Oktober 2008. Akibat tidak dapat pulang ke kampung Malaysia dan kebosanan di pagi raya, maka terfikirlah saya untuk memulakan bisnes. Pada mulanya blog ini hanya menjalankan perniagaan khidmat untuk membeli barangan baru terutama secara suka-suka sahaja. Pada ketika itu, kadar tukaran 100yen bersamaan RM3 menyebabkan harga barangan terutamanya berkaitan kamera dan gajet begitu murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Sebab itu tertubuhla nama 'gajetdijepun' walaupun fokus utama terhadap kamera sahaja.

Pada mulanya konsep bisnes asal adalah apabila ada tempahan saya akan belikan disini (Jepun) dan mengenakan sedikit upah tetapi sambutan agak tidak memberansangkan. Dan pada suatu hari, saya memberanikan diri untuk membeli kamera Nikon D70 beserta lens dahulu dan meletakkannya di blog. Sambutan semakin bertambah, dan sejak daripada itu saya memberanikan diri membeli barangan berharga beratus-ratus sehingga beribu-ribu ringgit dan dijual ke Malaysia.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Encik Azhar Ariff kerana menjadi yang pertama memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk berurusan dengannya. Berkat kepercayaan, beliau telah membeli Nikon Sb-26 sebanyak 3 unit. Dan bermula dari itu saudara Syahir dengan set olympus dan diikuti Encik Sydeen dari Melaka dengan lens canon makro. Dan tidak lupa kepada Encik Ichi
pelanggan setia dari canon 70-200 2.8L sehingga set-set filemnya.

Bermula dari kepercayaan ini maka blog ini semakin mendapat kepercayaan ramai dan berdiri teguh sehingga kini. Saya amat terharu terhadap bekas-bekas pelanggan yang rajin mempromosi terutamanya Sydeen dan Ichi yang sentiasa memberi sokongan, cadangan sehingga menjadikan blog ini terkenal sehingga ke luar negara termasuk Australia, Jordan, Mesir, Syria, United Kingdom, Rusia dan lain-lain

Sehingga kini, blog ini hanya menumpukan kepada barangan terpakai kamera.
Akibat kenaikan nilai yen, blog ini menumpukan perniagaan barangan terpakai, dan gajet yang sukar didapati di Malaysia sahaja terutamanya lens Canon dan Nikon. Tempahan turut diterima tetapi tidak semuanya boleh didapati murah di sini.
Latar Belakang Pemilik Blog

Bekas Pelajar
-SRK Batu Kurau, Perak
-SMK Dato Kamaruddin, Perak
-MRSM Pasir Salak, Perak
-Pusat persediaan Kajian Teknikal Ke Jepun, PPKTJ UTM KL
-Suzuka National College of Technology, Jepun

-Toyohashi University of Technology, Jepun
Hubungi

Email : kia_jpn[at]yahoo.com
Yahoo Messenger : kia_jpn
Facebook : http://www.facebook.com/gajetdijepun